KITAR HIDUP HAIWAN
Kitar
hidup haiwan merupakan unit masa biologi yang menunjukkan perkembangan
yang berlaku pada telur binatang betina pada sperma jantan yang
mewujudkan perubahan.
Kitar
hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang
berlaku sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu
daripada baru lahir, telur, dan membesar.
Pada
setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang
berlainan dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku. Ada juga
binatang tertentu yang berbeza bentuk dan warna semasa kecil dan ada
yang hanya berubah daripada segi saiz .Namun apa yang dapat dipastikan ialah walaupun semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing tetapi ia tidak sama antara satu sama lain.
KITAR HIDUP RAMA – RAMA
Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur dalam jangka hayatnya…
INFO SANTAI :
Rama –rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.
Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.
Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.
Peringkat 1 : Telur
Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas.
Telur
rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada
juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan
tulang-tulang halus.
Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.
Peringkat 2 : Beluncas / Larva
Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.
Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.
Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.
Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.
Peringkat 3 : Kepompong / Pupa
Pada tahap ini transformasi akan berlaku
Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.
Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong
Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.
Peringkat 4 : Rama-rama
Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik
Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.
Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.
Bagaimana Ia berlaku???
Daripada sebiji telur kecil ( TELUR ), lahirlah seekor ulat bulu ( LARVA ). Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu.
Kemudian,
ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya
satu lagi kejadian hidup rama-rama .Ulat bulu itu akan menjadi seekor
kepompong atau ( PUPA ). Kepak dan kakinya akan terbentuk.
Akhirnya, jadilah seekor rama-rama ( DEWASA ). Dengan adanya 4 peringkat diatas, maka lengkaplah kitaran hidup seekor rama-rama.
No comments:
Post a Comment