Thursday, 28 March 2013

RPH- Menyiasat Alam Kehidupan



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                     :           Sains
Hari                                         :          Jumaat
Tarikh                                     :           22 /03/2013
Masa                                      :           8.40 -9.40 pagi
Kelas                                      :          Tahun 4 Juara
Bilangan Murid                    :           13 orang
Tema                                      :           Menyiasat Alam Kehidupan
Tajuk                                      :           2) Benda Hidup Menjalani Proses Hidup
Hasil Pembelajaran Umum :           2.3 Menganalisis Proses Hidup Haiwan
Hasil Pembelajaran Khusus:         Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini murid dapat:
 1)    Menamakan peringkat kitaran hidup haiwan dengan betul
2)    Menyusun kitaran hidup haiwan dengan urutan yang betul.
3)    Menerangkan kitar hidup pelbagai haiwan
Pengetahuan Sedia ada    :           murid telah mengetahui bahawa haiwan membiak
                                                           dengan dua cara iaitu bertelur dan melahirkan anak.
Strategi Pengajaran             :           Inkuiri
Kemahiran Proses Sains   :           Berkomunikasi, memerhati,
Kemahiran Berfikir              :           Membuat urutan, membuat kesimpulan
Sikap saintifik dan nilai murni:      Mensyukuri ciptaan Tuhan dan bekerjasama
Bahan Bantu Belajar          :           Lagu ‘Ulat dan Kepompong’, Video Kitaran Hidup
                                                            Rama-rama, Puzzle, Lembaran Kerja


Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
 Penerangan tentang tajuk
-         

Kitar hidup haiwan seperti rama-rama
Guru memperdengarkan lagu ‘Ulat dan Kepompong’ kepada murid.

Guru bersoal jawab dengan murid
“ Apakah yang kamu faham dari lagu tadi?
“Bagaimanakah cara pembiakan haiwan dalam lagu tadi ?”

Guru perkenalkan tajuk hari ini
Strategi P&P:
Kaedah  Kelas

Teknik : Soal jawab

KPS : memerhati

BBB:
Lagu ‘Ulat dan Kepompong’
Langkah 1
Penerangan tentang kitar hidup haiwan yang berlainan



1. Rama-rama
   Telur – ulat beluncas –    Pupa – rama-rama

2. Katak
    Telur – berudu – katak

3. Ayam
   Telur – anak ayam –
    ayam
Guru menerangkan bahawa haiwan mempunyai kitar hidup yang berbeza kepada murid dengan menggunakan slaid powerpoint

Murid dikehendaki mencatat maklumat yang mereka perolehi

Murid membuat kesimpulan bahawa haiwan mempunyai kitar hidup yang berbeza antara satu sama lain
BBB : Komputer, Slaid Powerpoint
Video

KPS : memerhati
Langkah 2

Aktiviti Kumpulan

Kitaran hidup pelbagai jenis haiwan.

Kumpulan 1:
Kitaran Hidup Rama-rama

Kumpulan 2:
Kitaran Hidup Katak

Kumpulan 3:
Kitaran Hidup Ayam
Dalam kumpulan berempat murid murid dikehendaki menyusun kepingan puzzle yang menunjukkan kitaran hidup haiwan mengikut urutan yang betul..

Setiap kumpulan diberikan puzzle haiwan yang berlainan.

Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyiapkan puzzle kumpulan masing-masing.
Guru bertindak sebagai fasilitator.
BBB: Kepingan puzzle yang menunjukkan kitaran hidup haiwan.

Nilai : bekerjasama

Strategi PdP:
Perbincangan kumpulan
Langkah 3
Pembentangan kumpulan
Ketua  kumpulan membentangkanhasil perbincangan mereka dan menunjukkan puzzle yang telah mereka siapkan.

Ketua kumpulan juga menerangkan tentang peringkat-peringkat kitaran hidup haiwan berdasarkan puzzle yang telah disiapkan.

Kumpulan  lain akan memberikan
komen atau pendapat di akhir pembentangan setiap ahli kumpulan
Strategi P&P:
Perbincangan
Kumpulan

BBB: Puzzle kitaran hidup haiwan.
Langkah 4
Aktiviti pengukuhan

Kuiz
Guru memberikan soalan kuiz kepada murid.

Murid menjawab soalan kuiz mengikut kumpulan masing-masing.




Nilai : Hormat

Rumusan

Kitar hidup haiwan

Guru membincangkan kembali isi pelajaran hari ini

Guru bersoal-jawab dengan  murid Cth : “ Apa yang kamu faham    tentang kitar hidup haiwan?”
          “ Berapakah fasa  kitar
             hidup seekor katak?”


Penutup

Kitar hidup haiwan

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk dijadikan kerja rumah dan meminta murid agar melayari laman web yang mengandungi Permainan Instruksional bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid terhadap topik yang telah dipelajari.




Permainan instruksional



No comments:

Post a Comment